Resipi Beef Lasagna @MadeByAuni


Assalamualaikum semua, Hai saya Auni. Setelah sekian lama tak post, kalini Auni buat post balik khas untuk share resipi Beef Lasagna kepada semua pembaca. Nak bagitahu awal-awal, resipi yang Auni share ini adalah resipi yang Auni dah olah ikut cita rasa Auni sendiri dan ikut cara masak yang mudah, simple dan cepat tapi yang paling penting Sedap!. Jadi memang takkan jumpa dekat mana-mana, resipi Beef Lasagna yang sebijik macam ni kat luar sana ,thats for sure.


Resipi ini jugak yang Auni guna untuk business Beef Lasagna, tak lebih dan tak kurang bahan-bahan dia, semua Auni tulis. Inilah resipi yang Auni guna untuk masak beef lasagna almost everyday. Jadi kalau tengok resipi ni, ada nampak macam lain macam atau teknik lain daripada lain, jangan marah pulak, sebab ini memang cara Auni masak tau, post sebab nak kongsikan dengan semua, jadi semua yang tak dapat beli daripada Auni atau jauh tapi teringin sangat nak rasa Beef Lasagna @MadeByAuni yang agak famous ni, boleh cuba buat Beef Lasagna sendiri, sebab  Auni perasan kalau beli kat luar lasagna ni memang mahal, atau rasa dia agak kurang berbanding dengan buat sendiri. Kalau perasan, lasagna yang instant pun mahal, even kecik jee , so apa lagi? baik buat sendiri betul tak? Belum cuba buat, belum tahu. Jom cuba, Auni siap tunjuk gambar step by step lagi..Minta maaf jika ada kekurangan, sebab ni pertama kali buat post share resipi dan Auni masih lagi dalam proses belajar, jadi harap semua faham. I'll try my best okay, Good Luck! 




Beef Lasagna @MadeByAuni


Bahan lasagna : 


- 6 keping    Lasagna Sheet ( Agnesi Lasagne ) 
-  Air  secukupnya 
- Minyak Masak / Olive oil sedikit 




Cara-cara masak Lasagna sheet serta tips tambahan**  :



1. Panaskan air sampai mendidih. Masukkan sedikit minyak.



2. Masukkan Lasagna sheet ikut saiz periuk, kalau saiz periuk besar boleh masuk 6 - 8 keping sekali gus, jika periuk kecil masukkan 3 - 4 keping. **Lasagna mesti dimasak sedikit demi sedikit. Jika terlalu banyak lasagna dimasukkan sekaligus, lasagna akan melekat dan tak masak. Lasagna sheet  bukan seperti spaghetti . Pastikan semasa masukkan lasagna sheet ke dalam air, selang selikan (rujuk gambar diatas). Kemudian kacau perlahan - lahan, Biarkan seketika. Sediakan satu bekas yang besar, agak- agak boleh muat lasagna sheet, isikan dengan air, letak di tepi. Kacau sekali sekala sahaja secara perlahan, tidak perlu terlalu kerap. Api besar atau sederhana.**Jika ingin jimatkan masa memasak anda, sementara menunggu Lasagna sheet, boleh mula memasak sos putih ketika ini.






3. Selapas lebih kurang 20 - 25  minit, kacau seketika, kemudian angkat lasagna sheet yang sudah masak menggunakan penapis perlahan lahan. **Kemungkinan, akan ada beberapa keping lasagna sheet yang melekat sedikit , tapi tidak mengapa angkat dulu. Terus masukkan ke dalam bekas berisi air tadi. Bekas air untuk memudahkan kerja memisahkan lasagna yang melekat dan cepatkan proses menyejukkan lasagna sheet. 





4. Lasagna sheet yang tidak melekat boleh terus susun elok-elok di dalam pinggan.**Manakala lasagna sheet yang melekat di dalam bekas air tadi cuba pisahkan perlahan lahan menggunakan tangan. Kemudian masukkan semula ke dalam periuk, kerana bahagian yang melekat tidak masak dengan sekata, jadi lasagna sheet perlu dimasak lagi untuk beberapa minit. Lebih kurang 5 minit - 10 minit sudah mencukupi, kita boleh agak-agak samada lasagna sudah masak atau belum. Jadi masa tambahan ikut kesesuaian. Lasagna yang belum masak bewarna kuning pekat,keras dan saiz kecil. Jika sudah masak, lasagna sheet akan bewarna kucing cair, lembut dan saiz besar sedikit berbanding dengan yang belum masak.





5. Jika lasagna yang melekat tadi sudah masak, ulang semula step seperti diatas,iaitu tapis masukkan ke dalam air, dan angkat susun di dalam pinggan.



6. Jika Lasagna sheet belum mencukupi, masak lagi . Kalau air dan minyak sudah kurang, tambahkan. Kemudian sambung masak lasagna sheet.


Bahan Sos Putih / Sos Bechamel : 


- 1 Sudu Besar           Butter 
- 2 ulas                       Bawang Putih ( dicincang ) 
- 1 helai                      Bay Leaf ( Optional )
- 3 Sudu Besar           Tepung Gandum
- 1/2 kotak (500ml)    Whipping Cream Extra Yield Cooking Cream 
- 500ml                       Air
- 2 sudu Besar           Cheddar Cheese ( Optional )
- 1/2 Sudu Besar        Serbuk Perasa Maggi Cukup Rasa
- Secukup Rasa         Serbuk Lada Hitam
- Secukup Rasa         Serbuk Lada Putih



Cheddar Cheese ini optional, kalau mahu letak pun boleh, tak nak letak pun boleh. Auni suka letak sebab mahukan rasa cheese sedikit dalam sos bechamel. Rasa akan lebih sedap! Nak tukar kepada cheddar cheese jenis keping pun boleh, kerana rasa sama sahaja. Guna lebih kurang 2 - 3 keping cheddar cheese. 


Cara - cara masak Sos Putih \ Sos Bechamel serta tips tambahan**  :



1. Untuk masak sos bechamel, gunakan hand whisk bagi memudahkan sos dimasak dengan sempurna. Buka api sederhana, cairkan butter dan masukkan bawang putih dan bay leaf. Kacau seketika sehingga naik bau. Kemudian masukkan tepung gandum, gaul sebati.



2. Tuang whipping cream dan air  ke dalam periuk, kemudian kacau sebati. Kacau perlahan lahan. **Jangan berhenti terlalu lama atau biarkan begitu sahaja kerana sos akan cepat hangit dan tidak sebati. Selepas masukkan whipping cream dan air, boleh besarkan api sedikit untuk cepatkan sos mendidih dan menjadi pekat.



3. Kemudian masukkan cheddar cheese, serbuk lada putih, serbuk lada hitam dan akhir sekali serbuk perasa maggi cukup rasa, secukup rasa .



4. Kacau sos sehingga mendidih, setelah mendidih dan sebati dan sos telah pekat boleh tutup api. **Kepekatan sos putih boleh diperiksa dengan cara coating, dengan cara ambil sudu besar, rendamkan sudu kedalam sos,dan lihat blakang sudu, jika sos putih meliputi belakang sudu, itu bermaksud kepekatan sos sudah betul. 




Bahan inti daging/ Beef Bolognaise :


- 2 Sudu Besar         Minyak Masak

- 2 Sudu Besar         Bawang Kisar 

- 800 gm ( 1 paket ) Daging Kisar Jenama Ramly ( keluarkan dari freezer beberapa jam sebelum masak )

- 1 helai                    Bay Leaf ( Optional )

- 250 gm                   Mix Vegetables

- 1/2 botol                 Sos Prego Mushroom 680 gm

- 1 Sudu Besar         Serbuk Stok Daging ( Brown Stock )

- 1 Sudu Besar         Serbuk Perasa Maggi Cukup Rasa 

- Secukup Rasa       Serbuk Lada Hitam

- Secukup Rasa       Serbuk Lada Putih
- 2 Sudu Besar        Gula 
- Secukup Rasa       Mix Herbs 



Ini adalah serbuk stok daging, mostly dijual dalam paket besar. Jika tidak mahu beli brown stock paket besar, boleh guna kiub stok daging sahaja. Gunakan 1 kiub daging.


Cara - cara masak inti daging / Beef Bolognaise serta Tips tambahan** :



1. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang kisar dan bay leaf. Tunggu sehingga naik bau, kemudian masukkan daging kisar. Gaul sehingga sebati dan hancurkan daging ketika gaul, jangan biarkan daging berketul-ketul besar.



2. Masukkan mix vegetables dan gaul sebati. Biarkan seketika sehingga air daging kering sedikit lebih kurang 5 - 10 minit, dan gaul sekali sekala. Apabila air daging sudah kering sedikit, boleh masukkan sos prego . Kacau sehingga sebati.



3. Kemudian masukkan brown stock,serbuk lada putih dan hitam, serbuk perasa maggi cukup rasa, gula dan mix herbs secukup rasa .


4. Jika daging sudah mendidih dan masak dengan sempurna, boleh tutup api. Siap! 





Topping :


- Mozarella Cheese

- Mix Herbs 




Cara - cara lapiskan Lasagna:



1. Ambik bekas yang sesuai, tidak kiralah mahu gunakan bekas besar atau kecil, saiz segi empat tepat atau sebagainya, yang penting boleh bakar dalan oven. Dalam gambar dibawah, sebagai contoh Auni hanya buat lasagna dalam bekas aluminiunm kecil.


2. Lapisan pertama, letakkan Lasagna Sheet, jika terlalu besar potong , jika terlalu kecil tambah lagi lasagna sheet sampai tutup seluruh permukaan bekas.


3. Kemudian tuang sos putih , pastikan sos putih meliputi lasagna sheet, tidak perlu terlalu tebal, asalkan lasagna sheet tertutup dengan sos sudah okay.


4. Tuang inti daging ke atas sos putih tadi, ratakan supaya inti daging kena semua bahagian. Jika anda jenis yang sukakan cheese, boleh tabur mozarella cheese sedikit di atas daging. Jika tidak berapa sukakan cheese yang banyak, tak letak pun tidak mengapa.**Sengetkan sedikit periuk untuk turunkan minyak daging sebab kita tak nak lasagna nanti terlalu berminyak.


5. Ulang semula langkah lapisan pertama dan seterusnya,iaitu letak lasagna sheet dan seterusnya sos putih dan inti daging sampai bekas penuh ke atas. Tiga atau empat Lapisan sudah mencukupi . Bergantung kepada bekas.




6. Lapisan terakhir sekali, tuang sos putih sehingga meliputi lasagna sheet. Lebihkan sedikit sos putih untuk lapisan terakhir ini, atau habiskan sahaja sos putih yang ada. Tebal sikit tidak mengapa kerana kita nak bakar.Akhir sekali, tabur Mozarella Cheese, sebanyak mana yang anda suka, akhir sekali taburkan mix herbs sedikit. Gambar diatas ini sekadar contoh.



7. Bakar lasagna pada suhu 180 darjah celcius  lebih kurang 8 - 10 minit atau sehingga mozarella cheese di atas permukaan lasagna cair dan bertukar warna coklat keemasan sedikit, dah boleh keluarkan dah, ikut oven masing-masing. Bakar sekejap sahaja sebab lasagna sheet, daging dan sos putih semua sudah masak, kita bakar sekadar mahu camtumkan semua lapisan lasagna tadi dan cairkan cheese di permukaannya. Lasagna sedap makan panas-panas! Kalau tak habis boleh simpan dalam peti sejuk, sebab lasagna ni memang tahan lama, 3 - 4 hari pun boleh tahan, bila nak makan just panaskan.



 Lasagna juga boleh dilapiskan awal- awal, lepastu simpan dalam peti sejuk, bila nak makan, just bakar, pun boleh. Rasa still sedap! Contohnya jika mahu hidangkan kepada tetamu yang datang pada keesokkan hari, so harini dah boleh masak siap-siap lasagna tu, lapiskan, jadi  esok tinggal bakar sahaja. 


Lasagna ni memerlukan masa agak lama dan kesabaran untuk masak,macam Auni biasanya bila buat, lebih kurang 3 jam jugak untuk siapkan semua. Tapi bila hasilnya dah siap, usaha tu berbaloi-baloi sebab memang sedap, haha. Okay selamat mencuba semua ! Jika ada pertanyaan mengenai  apa-apa boleh komen atau message je dekat Facebook Auni okay.  Insya Allah Auni balas bila free. Thank You! Wassalam.