My Convocation Day





Auni dan 2 jambangan bunga pada hari konvo. Yang penting ada anak patung  panda! hihi

Bismillahirrahmanirrahim, Hai semua!! ok rasa gelabah sikit dan eksaited lain macam bila nak start menaip balik post sebab dah lama sangat kot tak buat post kat blog, last update pun rasanya setahun lebih yang lalu, Haha. Serius dah lama sangat sangat sampaikan blog Auni pun dah bersawang, serius cakap bersawang macam rumah yang dah lama kena tinggal tu, haa camtulah. Sorry blog! Insya Allah maybe after this ada masa free Auni update selalu (kot) haha. Btw, kalini sempena ulangtahun 6 tahun sudah Auni buat blog ni, Auni gagahkan jugak diri dengan sedaya upaya untuk update blog ni sebab ada benda nak cerita dan nak kongsi dengan korang semua setelah sekian lama berdiam diri. 


Untuk post kalini Auni akan ceritakan serba sedikit tentang pengalaman Auni dan kawan-kawan seperjuangan berkonvo haritu, so macam bertekad lah jugak nak buat post pasal ni, sebab kiranya ni mcm event penting bg Auni dan kawan-kawan setelah penat belajar dengan bersungguh-sungguh selama 2 tahun setengah since Julai 2012 and I feel like, I should post about it, why not kan? So a big clap for me!! Haha.Yeaaa tahu, konvo je pun..mesti korang semua macam, ek elehh dia ni ,semua orang pun pernah berkonvo kot, tak kecoh pun.Eh suka hatilah, this my belog kot, ok  sorry gurau gurau je, Haha. Alright, Lets start!



Alhamdulillah Auni dah selamat habiskan sesi pembelajaran sebagai student Diploma In Culinary Of Arts (DCA) atau dalam bahasa melayunya  Diploma Seni Kulinari lebih kurang bulan Nov tahun lepas dekat FIM.So siapa yang tak tahu FIM kolej ape, boleh google sendiri.Sebab kolej ni comel jee, terletak di kelana jaya, Selangor dan memang tak berapa femes mcm kolej swasta vavavoom yang lain, so ramai tak tahu dan tak pernah dengar pasal FIM ni. So kiranya agak lama jugaklah nak tunggu berkonvo ni haa, berjanggut kot tunggu bilalah nak konvo ni. Sebab utama nak berkonvo act  bukan eksaited sangat nak ambik sijil tapi lebih eksaited nak jumpa geng sebenarnya, kumpul balik ramai-ramai, sebab dah rindu sangat, Haha. Yelah, sebab bila dah habis belajar, ingat senang ke nak kumpul balik semua ramai-ramai? rumah dah la jauh-jauh, kalau dekat takpe jugak, susah tau! 


So selepas berjanggut tunggu, finally dapat pun update dari FB secara rasminya konvo akan diadakan, jeng jeng jengggg 20 Haribulan Ogos 2015 dekat Dewan Merdeka ,PWTC, yeay finally! dapat tahu pun about 1 week before raya haritu. Jadi papepun, pikir pasal nak settlekan hal konvo ni after raya, sebab yelah mood dah nak raya kot, sape nak fikir pasal konvo kan? ofcos la raya dulu, konvo later. Haaa gitu. Then after raya baru plan nak settlekan pasal konvo. But then, korang faham-fahamlah dah nama pun raya kan, kompem lupa punyalah pasal konvo..Haha. Pastu dah gelabah nak settlekan borang, mana taknya raya sakan lah konon, pasal konvo entah kemana-mana entah, haa padan muka, then gelabah tak tentu pasal, nasib baik sempat sedarkan diri pasal tarikh dah nak tutup, then nasib baik sempat nak settlekan hal pembayaran, borang tu semua. So please , siapa yang akan bakal berkonvo tuu, jangan jadi mcm Auni, buat kerja last minute, then gelabah tak tentu pasal, Haha



So WhatsApp dengan  geng Auni , tanya dan planning pasal konvo nak pakai baju warna apelah, mcm mana nak isi borang, bla bla bla. Alah gegirls punya geng kan, so paham pahamlah banyak bnde kene bincang, haha.Tu belum tambah tolak dengan gossip hal itu ini lagi uolss .Btw I really appreciate my family and friends sebab tanpa bantuan diorang selama ni , hmm jangan haraplah dapat berkonvo . Serious talk, tanpa diorang siapalah kita kan? So please hargai family dan kawan2 yang ada dengan kita masa susah dan senang ,janganlah bila dah berjaya terus lupa macam tu jee. Sometimes, orang kalau dah berjaya dan tengah bahagia kadang2 dia lupa siapa yang menjadi tulang belakang kejayaan dia sekarang, so please jangan jadi orang macam tu okay! Please!.


Tanpa melengahkan masa lagi, selepas hari berlalu hari maka sampailah ke hari konvokesyen yang ditunggu-tunggu! Konvo pada hari khamis ( 20 hb Ogos ) so sehari sebelum, hari rabu tu Auni dengan family bertolak dri perak dan tidur kat rumah Mak Cik dekat gombak, nasib baiklah ade mak cik stay gombak so jarak rumah Mak Cik Auni tu dgn PWTC lebih kurang 15 minit (kalau jalan tak jem lah ) so tak payah susah2 nak pikir tidur mana malam tu .



Dalam surat dah tulis, kitorang semua kene berkumpul dekat Foyer aras 4 PWTC tepat pukul 8 pagi okay! Yes 8 pagi for rehearsal, jangan terkejut, eceyy siapa entah nak terkejut kan? Hahaha, normal lah pukul 8 pagi. Maybe normal bagi sesetengah orang, bagi Auni tak.. 8 pagi dekat PWTC kot, uolss rasa macam mana? dekat PWTC tengah bandar weii, comfirmlah jalan jemmm semua org tgh gigih nak pergi kerja kot time2 mcm tu, serius cakap risau giler pasal jalan jem ape smua, lambat tak boleh masuklah apelah, serius risau, then jujur cakap Auni tak suka sampai lambat apa semua ni, haih serabut.So malam tu smpai gombak around pukul 2 pagi, then after iron baju ape semua try tidur tak boleh pulak..smpailah pagi bersiap apa semua, haa pukul 6.30 pagi dah tercongok duduk atas kerusi tunggu parents siap, gelabah and takut lmbat punya pasal,sebab dalam surat cakap pukul 8 tepat kene daftar dah, lmbat tak boleh konvo katenyaa, Haha.So parents siap around 6.50 pg, turun bawah Tok Mi dengan Mak Cik paksa breakfast dulu, alas perut. So nak tak nak,ngap jugaklah 2 keping roti (sekadar syarat ) haha.


Habis makan around pukul 7 pagi terus gerak dari rumah, then ttbe sorang kawan geng  si Su dah ws , cakap dia dah smpai..masa tu baru pukul 7 kot, awal giler beb Su sampai sbb die  bertolak pukul 5.30 pg, wowww! ok sorang dah smpai, kitorang punya geng 5 org, 4 org tak sampai lagi. Otw nak ke PWTC antara saat yg mendebarkan, sebab yes mcm yg dah agak! jalan jem, Jalan Kuching jemmm! Haih, masa tu berdoa lah banyak2 dalam hati semoga sempat .Masa tgh otw dgn hati yg gundah gulana tu, tangan bergerak bungkus hadiah konvo untuk kawan2,2 in 1 gituu, haa.


Suasana dewan


Tepat pukul 8 pagi Auni sampai dan selamat jejakkan kaki di PWTC, Alhamdulillah sangat2 . Pastu kalut naik lif naik ke tingat 4, contact Su. Kak Hajar pun cakap dah sampai jugak 5 minit awal. Sharm dengan  Tiqah tade khabar berita lagi time ni, sebab tak reply ws . Then dah smpai foyer tingkat 4 nmpaklah student ramai2 tengah berjalan lah, tgh berbaris lahh..time ni parents temankan lagi, yelah malu jugak nak jalan sorang2 hihi.Lagipun mak abah mmg nak ikut pun smpai nak naik atas, nak tengok2 katenyaa. Then , jumpalah Su pastu pergi berbaris untuk daftar, Kak Hajar pun muncul lepas tu, Sharm dan Tiqah still tak dengar berita lagi time ni, so kitorang daftar dulu, ambik goodie bag fim, bagi parents kad jemputan konvo untuk masuk dewan dan baucer makan hi-tea then say byebye to them. Masuk dewan merdeka tu, then tetibe terkejut dan segan sebab rasa mcm rmai tengok kita, Haha.


 Sebab pintu masuk dia tepi pentas, so bila masuk rasa mcm rmai org tengok kita (padahal tak pun, perasan je lebih, takde siapa pun nak tengok kamu masuk dewan Auni, haha ) After dah dapat tempat duduk dengan Kak Hajar dan Su, jagakan tempat untuk Tiqah and Sharm. Masa tu baru hello hello lagi diorang, then sempat sembang2 jap . Finally Sharm ngan Tiqah pun sampai, last2 semua kena  tunggu sampai pukul 9 pagi , sebab ade lagi student yang tak sampai. Jet jet jee cakap siapa lmbat tak boleh konvo, haha.


So around 9 pagi startlah lecturer bg ucapan tahniah dan terangkan perjalanan majlis macam mana ape semua, then kene berbaris ikut kos dan batch, yang bestnyaa kedudukan tak ditentukan , so boleh pilih ok nak berbaris dengan geng, tapi sayang jee sebab Sharm ngan Tiqah kos lain, kesian diorang,so kene berpisah jugaklah..sempat duduk sekejap jee dengan diorang. Tapi okaylah jugak sebab Auni ada geng dengan Su ngan Kak Hajar, hihi. Kitorang pun practice berbaris , berjalan masuk dewan apa semua. Pastu tengok cara nak berjalan, ambik sijil, ambik gambar mcm mana and bla bla bla. Btw untuk batch Auni ,Intake Julai 2012 , kos DCA Auni org kedua ambik sijil, Kak Hajar 1st then Su 3rd ..Haaa awal tak? haha. Rehearsal sgtlah lama, bayangkan pukul 12 tgh baru fully settle, then lect cakap pukul 1 dah kene kumpul dan berbaris dekat tingkat 5 tu, so kitorang cuma ada masa lebih kurang 1 jam untuk ambik jubah dan bersiap okay, kelam tak kelam? 


Dah berbaris tuu,semua graduan ade around 400 + orang , barisan untuk ambik jubah just ade 3 atau 4 line sahaja ( x sure brape sbb blik penuh) , Auni dengan kawan2 pulak antara yg akhir2 jugak berbaris, so boleh bayang tak lama sangat2 nak kena berbarisnyaa, tunggu turn, kaki dah sakit sbb pkai kasut bertumit, Auni serius tak suka pakai kasut bertumit, tapi terpaksa pakai jugak haritu sbb arahan dalam surat.Dapat jubah pukul 12.50 tgh, so just ade lebih kurang 10 mnt lah untuk bersiap, Ya Allah gelabah kot. Serius org kat blakang2 rmai lagi, diorang lagi kesian, siapa yang potong line kitorang time  tu,  haihh  korang mmg saje je lah, tak baik tau potong line,first come first serve! pleaselah respect, orang lain dah beratur lagi awal, lagi lama, korang boleh sedap2 je potong line, pastu dapat jubah dulu, sakit hati jugaklah kita tengok. Time tu sabar jee,besar kecik besar kecik jee mata ni tengok sorang2 geng potong line tadi kluar dengan jubah, ingat orang tak nampak ke? Kalau takde kesabaran time ni, mau Auni jadi hulk kot time tu, Haha.


berbaris semua

Dah dapat jubah 12.50 tgh tuu, haa kalut tacap kat muka ape yg patut, serius nasib baik mmg plan ngan kawan pakai baju konvo siap2 so tak payah susah2 nak kene tukar bagai. Jadi kat situ dah jimat masa, habis tacap muka then sarung jubah, try pkai topi tapi mcm tak elok sgt je rupanya. Tengok jam dah pukul 1 petang, uishh mana family ni, tak smpai lagi ke? nak mntak tolong kot, pastu nak kena ambik tag nama yang dah terbagi kat parents pagi tadi, padahal tag nama tu penting untuk majlis konvo, pengacara nak baca nama time naik pentas ambik sijil nnti, haha.Takde tag nama susah beb, you in trouble! Finally my family come to the rescue ! Yeay! papepun kene mintak tolong mak jugak nak betulkan dan pakaikan topi, pinkan topi, betulkan jubah,  hood ape semua , tudung ok tak? muka ok tak? 


Haha, my mom is the best. Thanks for helping me. So tgh betulkan itu ini, ttbe siren dah bunyik, panggil suruh berbaris, Haaa sudahh, kalut kalut.. sempatlah ambik gambar jap dgn parent and siblings  before masuk dewan tu.Pastu pergi berbaris kat foyer tingkat 5 . Alhamdulillah sempat, haha. Nasib baik management bagi family yang datang masuk dewan, dengan syarat mesti atas 12 tahun. So family Auni semua dapat masuk dewan, just untuk hi-tea untuk parents jee, sbb kupon untuk 2 org,kalau  nak tambah org, kena bayar mahal. 


Always be my parents little girl

Thanks for coming Sistersss!

Muka cuak sebelum pergi berbaris


Auni pun berbaris lahh, dalam barisan.Tunggu punya tunggu,2.15 ptg  finally berjalan pun masuk dewan turun tangga pergi ke seat. 


Masa baru masuk dewan, turun tangga.

Masa jalan tu nmpak family , hihi. Nampak sangat eksaited tengok Auni. So, tetamu VVIP pun masuk, ade persembahan sikit, ucapan macam biasalah, nyanyi lagu negaraku ape semua, then startlah majlis penyampaian sijil. Masa ade gap , berhenti rehat sekejap ade tunjuk slideshow aktiviti student yang graduate. Adelah 3 keping jugak gmbar Auni terselit dalam klip video, ingatkan takde langsung, yelah sebab kita bukan budak femes, haha.Tup tup ade jugak menyelit sikit, oklah tu kan. The sambung penyampaian sijil untuk kos DCA, ok dah start berdebar lain macam dah ni, tadi dah tengok dah kawan2 yang kos DFRM, HOTEL dan DPB ambik sijil, so mcm dah faham and boleh nmpak betul2 masa ambik sijil tu kene buat ape. Berjalan, dan berhenti kat checkpoint yg diorang tanda, ambik sijil kat Chef JO, senyum pandang depan untuk ambik gmbar, then jalan ambik gmbar lagi satu. Serius, before nak dekat ambik sijil tu, just cuba sedaya upaya ingat step tu, serius takut sangat2 lupa, yelah kalau dah cuak ni, macam2 boleh jadi kat atas pentas tu, dah la pakai kasut bertumit, jatuh tersadung ke ape ke,  gmbar tak lawa ke, lupa nak pandang depan ke , macam2 lah fikir dalam kepala otak ni, Dalam hati berdoa tak putus2 kot, nervous punya pasal, haha.Dup dap dup dap tak payah cakaplah,haha. Masa dah bangun, time berbaris tunggu turn untuk ambik sijil tu Auni tanya Su :


Auni : Su, Auni nampak cantik senyum nampak gigi atau tak nmpak gigi? *sambil buat 2 gaya senyum tu depan Su 

Su    : Hmm tak tahulah Auni .

Auni : Haa sudah tak tahu pulak, dua2 tak lawa ke? habis nak senyum mcm mana ni? *monolog dalam hati

Su    : Sebab dua-dua nampak cantik jee.

Auni : Hahaha, lah yeke. Ish Su ni, okay okay .Lawak jee.


 So lepas tanya pendapat Su, Auni buat keputusan nak senyum nampak gigi, Haha.Lagipun teringat, adik Auni yang Ed pun suka senyum nampak gigi, so nak ikutlah. 


Masa ambik diploma daripada Chef Jo, hopefully gambar okay!


Finally I gotcha! 

Lebih kurang pukul 4.00 ptg Auni pun dah selamat ambik sijil dengan jayanya! Fuhh, lega sangat takde ape2 yg buruk jadi , haha. Setel pun, lepas duduk jee balik atas kerusi, mmg tarik nafas lega yang teramat sangat, I'm done! Alhamdulillah.


Lebih kurang pukul 4.40 ptg Majlis dah settle dah,just ade ambik gambar ramai2 dengan semua yang graduan, lama jugaklah tunggu sbb kitorang rmai kan, so ade 2 sesi bergambar, Auni sesi yg kedua, sbb bdk DCA ramai. Pukul 5.20 ptg settle dah semua, then start ambik gmbar dengan kawan dan family, dapat 2 jambangan bunga dari family, hihi. Dah 21 tahun , ni 1st time dapat bunga . Sekali gus dapat 2 pulak tu, suka sangat sangat! Kenapalah bunga akan layu, tu sedih sikitlah, sebab bunga ros tu cantik sangat! Then tunggu parents habis hi-tea , settlekan pasal gmbar. Auni just tambah ambik gmbar seorang dan dgn family, sementara nak tunggu turn ambk gmbar kat tingkat 5 tu, sempatlah lari anak2 ayam jap, turun tingkat 4 settlekan ambik sijil diploma dan transkrip, elok2 je Auni siap settlekan ambik sijil dan transkrip, terus turn family Auni ambik gmbar ,haa.


 Lpas ambik gmbar tu, jam lebih kurang pukul 6 ptg jugak , jubah kena pulang before pukul 6.30 ptg, so masih ade masa lagi, berkumpul balik satu geng, ambik gambar ape semua, then dekat 6.30 ptg bukak jubah, and berbaris untuk pergi pulangkan jubah, lama jugak berbaris nak pulangkan, tapi taklah selama macam ambik tadi. Finally settle pun uruskan semua benda, cakap byebye dekat kawan2 semua (even tak puas lagi nak spent time together ) sbb rasa mcm kejap sgt kot jumpa, haih. Badan terasa penat sangat, kaki sakit, mata dah sembap ala ala mata panda, perut dah lapar sbb breakfast jee tadi, haa semua all in one. Even penat ape smua, tapi hati gembira. Pengalaman ni sekali je seumur hidup nak merasa kan? so takpelah penat sehari, bukan selalu pun, mengada je lebih, haha. So, meh Auni share sikit gambar time konvo haritu :)



With my another half

Kepada Mak , Nor Adelena dan Abah , Azhair ..Alia nak ucapkan terima kasih banyak2 sebab mak dan abah sentiasa bagi sokongan dekat Alia walaupun masa sekolah rendah, dan sekolah menengah Alia tak pernah dapat straight A dalam peperiksaan awam, kalau Alia ada gagal dalam apa2 subjek pun, Mak dan Abah tak pernah marah tak tentu hala, tapi tetap bg sokongan, terima kasih banyak2 .Sayang Mak Abah!  Jadi kejayaan Alia  kalini , khas untuk Mak Abah yang dah banyak berkorban.Dulu lepas dapat result masuk IPTA , Auni tak dapat kos yang Auni nak,iaitu seni kulinari.So memang macam takde harapan je nak sambung belajar , tapi mak gigih carikan IPTS yang ada diploma seni kulinari, dan Alhamdulillah dapat masuk. Bila dah masuk, start belajar rasa bersyukur sebab finally dapat pun belajar benda yang Auni betul2 minat , dan Auni impikan selama ni. Jadi peluang ni, Auni gunakan dengan sebaik-baiknya untuk tunjuk kepada Mak dan Abah , Auni pun boleh berjaya. Alhamdulillah I did it!

Sharm , Atiqah dan Yunus.


So, kawan lelaki Auni yang dekat hujung tu nama dia Yunus, tua setahun je dri kitorang. Kenal rapat dari sem 2 sebab sama kelas kitchen, then berkawan sampai sekarang, tempat praktikal masa sem 3 dekat Club Med Cherating selama 4 bulan pun sama dengan dia, so serius cakap dia banyak tolong Auni dan kawan-kawan time tu sebab kitorang duduk dalam hutan, dengan takde transportnya lagi, bandar jauh ape semua. Masa belajar dulu pun dia rajin jadi driver bawak kitorang pergi pesta buku, haha. Thanks Yunus for everything you did for us,kitorang hargai hargai sangat2 . Yunus ni macam abang kitoranglah jugak gitu.

My lovely girls.
From left, Sharmira , Kak Hajar, Atiqah , Auni dan Shuziela .

So, Auni nak cerita serba sedikit pasal kawan baik Auni ni lah.



Kita mula dari kiri, iaitu Sharm dari Klang. Sharm seorang yang  comel serta sangat sporting dan kelakar. Senang buat org sekeliling dia rasa selesa dengan perangai sempoi dia tu. Sharm pun selalu jadi driver kitorang sebab die paling power bawak kereta, haha. Sharm ambik kos pastri dan bakeri, dan  kek coklat moist dia, is da boom i told you. Seronok kalau dengar Sharm bercerita, sebab kalau dia dah start bercerita dengan semangat, susah nak stop dan kita takkan rasa bosan.




Pastu seterusnya Atiqah dari Selangor , dia ambik kos Pengurusan dan perkhidmatan makanan. Seorang yang comel dan pandai masak, serius cakap pandai masak. Kalau time kitorang ade kelas,  dia free kat rumah, bila balik jee Atiqah dah siapkan masak2 lunch untuk kitorang yang kelaparan baru habis kelas ni. Masa sem 3 ,time Manager of the Day (MOD) dan Chef of the Day (COD)  dua-dua Auni bertuah sebab dapat partner dengan dia, sebab kalau bab kerja Tiqah memang bersungguh-sungguh, so senang nak berurusan dengan dia, I'm so lucky to have my best friend as my partner that time!




Then, Su dari Kedah pulak. Su yang cantik dan tinggi lampai  ni pun sorang lagi yang tersangatlah pandai masak lauk pauk ni, serius Auni salute lah, power betul, masak ape pun sedap jee, bertuah siapa kahwin dengan Su ni haa, Kadang2 Su ni kelakar bila dia kalut masa buat sesuatu, haha. Perangai Su pun senang disenangi,dan kalau buat kerja dengan dia pun okay.Masa sem 5 , dapat group kitchen dengan Su, so memang selesalah nak bekerja dengan dia, tak banyak songeh, suka tolong kawan dan sebagainya. 




Last skali, Kak Hajar dari Perak. Kak Hajar yang cantik ni antara yang paling pendiam dalam group kitorang, kalau kitorang pot pet pot pet, kak hajar akan memerhati dan tersengih jee bila kitorang cakap,dan selit sikit2 , tapi skali kak hajar bersuara haa semua dengar, haha. It was like, diam2 ubi berisi gitu. Kak Hajar dri perak jugak sama ngan Auni, so selalu Auni deal ngan kak Hajar lah time balik. Kak Hajar paling power masak kari, serius cakap kari yang kak hajar masak mmg perfect, pekat ape smua, sekali dapat cicah pulak dengan roti jala mmg the best!!!!! Masa kelas kitchen , chef pun puji!


Untuk kawan baik kitorang sorang lagi, yang tak dapat hadir ke konvo haritu, Farid Fadzil , thanks sudi berkawan dengan Auni, support Auni sejak dari sem 2 lagi till now. Then, bawak kegembiraan kepada kitorang semua dengan lawak lawak dia tu.Walaupun Farid takde depan mata kitorang, tapi Farid sentiasa ada dalam ingatan kitorang, ingat tu! Insya Allah ade rezeki kita berkumpul semula ok?




Jadi konklusinya, Auni tersangat-sangatlah bersyukur dapat kawan mcm korang ni, Terima Kasih Allah temukan Auni dengan kawan sebaik ini, semua ade perangai unik masing2 tapi masih menghiburkan hati dan disenangi, rasanya kitorang tak pernah gaduh sesama sendiri, sebab dah kenal perangai masing2 so Alhamdulillah masing2 saling menerima antara satu sama lain,dah faham orang tu mcm tu, org tu mcm ni, so tak nampak kekurangan diri dekat diorang.Everything just like perfect, kalau ade masalah boleh bawak bincang,support each other. Bila Auni susah, Auni perlukan kawan diorang yang ada untuk Auni.Bila orang lain tak nampak Auni, diorang nampak Auni, Bila orang lain abaikan Auni, diorang ada untuk Auni, So, I'm really really appreciate them, thank you for everything korang, sayang sangat2 semua. Tahniah sebab dah berjaya harungi semua liku2 masa belajar, it was not easy. Sem 5 paling mencabar mental dan fizikal , serius cakap! Tapi Alhamdulillah kita berjaya harungi semuanya dengan lancar, dan buktinya kita dah konvo! hihi . Friends till jannah, Insya Allah.

Allah knows better, so don't worry girls. Keep calm and be happy.

Thanks for the flowers and gifts. Alhamdulillah, now I'm happy with my total CGPA pointer 3.89 . Thanks Allah for everything. Thank you family and friends and my last words, Congratulations to all my friends!! Thanks for the great day of my life,wassalam.


p/s : Sorry for the bad quality of picture, don't know why it turns out like that -.-' Sorry kalau ada terkasar bahasa, tersilap cakap.